Transformasi Pendidikan di Brunei Darussalam, 1914 – 2020: Penelitian Sepintas Lalu
Abstract
RINGKASAN: Negara Brunei Darussalam telah banyak mengalami transformasi pendidikan, yang diawali dengan pendidikan balai hingga sekarang. Sistem pendidikan balai tahap demi tahap kemudiannya diganti oleh pendidikan formal dengan kewujudan sekolah Melayu, Inggeris, dan Agama. Pendidikan sentiasa berubah dan berkembang dari Sekolah Rendah ke peringkat pengajian tinggi dalam bidang sains sosial, teknikal dan vokasional, serta agama. Perkembangan dan perubahan ini diselaraskan dengan pembentukan dasar-dasar Pendidikan, yang bermula pada tahun 1954. Dasar ini penting kepada mencapai matlamat pendidikan bagi melahirkan sumber tenaga manusia berkemahiran yang diperlukan dalam pembangunan negara, di samping mencapai Wawasan 2035. Perubahan ini juga mesti selari dengan konsep MIB (Melayu Islam Beraja) agar pencapaian pendidikan Negara Brunei Darussalam terus cemerlang. Dengan itu pula rakyatnya akan terus menikmati kesejahteraan, keamanan, dan kebahagiaan, bukan sahaja di dunia tetapi juga di alam akhirat.
KATA KUNCI: Islam; Pendidikan; Transformasi; Melayu Islam Beraja; Brunei Darussalam.
ABSTRACT: “Educational Transformation in Brunei Darussalam, 1914 – 2020: A Brief Review”. Brunei Darussalam has experienced many educational transformations, starting with “balai” education until now. The “balai” education system was gradually replaced by formal education with the existence of Malay, English, and Religious schools. Education is constantly changing and developing from Primary School to higher education in the fields of social sciences, technical and vocational, and religion. These developments and changes are coordinated with the formation of Education policies, which began in 1954. These policies are important to achieving the goal of education to produce skilled human resources needed in national development, in addition to achieving Vision 2035. These changes must also be in line with the MIB (Malay Islamic Monarchy) concept so that Brunei Darussalam's educational achievements continue to excel. With that, its people will continue to enjoy prosperity, peace, and happiness, not only in this world but also in the hereafter.
KEY WORD: Islam; Education; Transformation; Malay Islamic Monarchy; Brunei Darussalam.
===
About the Authors: Prof. Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail, Dr. Roziana binti Haji Mahmud dan Prof. Dr. Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah ialah Pensyarah di APB UBD (Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam), Jalan Tungku Link, Gadong, BE 1410, Negara Brunei Darussalam. Alamat emel: asbol.mail@ubd.edu.bn
Suggested Citation: Mail, Haji Awang Asbol bin Haji, Roziana binti Haji Mahmud & Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah. (2026). “Transformasi Pendidikan di Brunei Darussalam, 1914 – 2020: Penelitian Sepintas Lalu” dalam ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Volume 16(1), Juni, pp.15-42. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Suci Foundation dan ASPENSI (Asosiasi Sejarawan dan Pendidik Sejarah Internasional) with print-ISSN 2088-1290 and online-ISSN 2714-6243.
Article Timeline: Accepted (1 April 2026); Revised (2 Mei 2026); Published (30 Juni 2026).



