Sejarah Penggunaan Dadah di Brunei
Abstract
RINGKASAN: Setiap negara di dunia ini tidak terlepas dari menghadapi masalah penggunaan atau penyalahgunaan dadah, termasuklah Brunei Darussalam. Artikel ini dengan mengguna-pakai pendekatan kualitatif, kaedah sejarah, dan sorotan literatur mahukan menyentuh dan mengupas sejarah penggunaan dadah di Negara Brunei Darussalam. Penggunaan dadah di negara ini telah mula dicatatkan dalam Laporan Tahunan Brunei (Brunei Annual Report) pada tahun 1906. Pada tahun tersebut Brunei telah mengimport candu bernilai $6,480. Candu sangat diperlukan oleh tenaga buruh Cina yang bekerja di lombong-lombong arang batu. Setiap tahun, Brunei telah mengimport candu sehingga Kerajaan Residen British pada masa itu telah mengadakan Kedai Candu Kerajaan atau dikenali sebagai Pajak Candu. Disebabkan ramai orang yang menjadi ketagih dadah, enakmen candu diadakan sehingga akhirnya diwujudkan Akta Penyalahgunaan Dadah. Enakmen dan akta tersebut digubal bagi mengurangkan penagih dadah di negara ini. Sememangnya penyalahgunaan dadah adalah sukar untuk dicegah atau diatasi sepenuhnya, akan tetapi ia boleh dikurangkan dengan adanya pengawalan. Pengawalan dilakukan oleh pihak yang berwajib dan dibantu oleh masyarakat. Kawalan secara kolektif mampu mengurangkan penyalahgunaan dadah dari merebak dan berleluasa. Salah satu pengawalan yang dilakukan ialah dengan adanya akta. Di Brunei Darussalam, menyalahgunakan dadah merupakan suatu jenayah yang boleh dihukum mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27.
KATA KUNCI: Penggunaan dan Penyalahgunaan Dadah; Candu; Enakmen; Akta.
ABSTRACT: “History of Drug Use in Brunei”. Every country in this world never miss out from facing drug use or abuse problem, including Brunei Darussalam. This article, using a qualitative approach, historical methods, and literature review, seeks to touch upon and examine the history of drug use in Brunei Darussalam. Drug use in this country was first recorded in the Brunei Annual Report in 1906. In that year, Brunei imported opium worth $6,480. Opium is much needed by Chinese laborers who is working in a coal mines. Every year Brunei imported opium until the British Resident Government had established a Government Opium Shop or known as the Opium Tax. Due to many people becoming addicted to drugs, the opium enactment was held and eventually the Drug Abuse Act was enacted. The Enactment and act were made to reduce drug addicts in this country. Indeed, drug abuse is difficult to prevent or completely overcome, but it can be reduced with control. Control is carried out by the authorities and assisted by the community. Collective control is able to reduce drug abuse from spreading and becoming widespread. One of the controls carried out is through the existence of an act. In Brunei Darussalam, drug abuse is a crime punishable according to the Drug Abuse Act Chapter 27.
KEY WORD: Use and Abuse of Drug; Opium; Enactment; Act.
===
About the Author: Dr. Zulhilmi bin Haji Jaidin ialah Pensyarah di Akademi Pengajian Brunei UBD (Universiti Brunei Darussalam), Jalan Tungku Link, Gadong, BE 1410, Negara Brunei Darussalam. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: zulhilmi.jaidin@ubd.edu.bn
Suggested Citation: Jaidin, Zulhilmi bin Haji. (2026). “Sejarah Penggunaan Dadah di Brunei” dalam ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Volume 16(1), Juni, pp.61-70. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Suci Foundation dan ASPENSI (Asosiasi Sejarawan dan Pendidik Sejarah Internasional) with print-ISSN 2088-1290 and online-ISSN 2714-6243.
Article Timeline: Accepted (28 April 2026); Revised (29 Mei 2026); Published (30 Juni 2026).

