Pemerintah Wanita Kesultanan Alam Melayu (Abad ke-16 hingga ke-17 Masihi): Isu Mempertahankan Takhta

Authors

  • Nur Syazwani Md Suif UBD (Universiti Brunei Darussalam) Brunei Darussalam
  • Asbol Mail UBD (Universiti Brunei Darussalam) Brunei Darussalam
  • Brahim Tengah UBD (Universiti Brunei Darussalam) Brunei Darussalam

Abstract

IKHTISAR: Wanita-wanita dalam Kesultanan Alam Melayu tradisional pada abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi memang terlibat dalam kegiatan politik negara. Hal ini boleh dilihat apabila mereka tergolong sebagai pemerintah. Dengan mengguna-pakai kaedah sejarah, pendekatan, dan analisis kualitatif, pengajian ini menunjukkan bahawa ketika berada ditampuk kuasa, mereka tidak dapat menghindarkan diri dari mengalami cabaran politik. Pemerintah-pemerintah wanita, seperti Raja Ijau dari Kerajaan Patani, Selatan Siam; Ratu Kalinyamat dari Kerajaan Kalinyamat, Jepara, Jawa Tengah; empat orang Sultanah Aceh dari tahun 1641 hingga 1699, iaitu Sultanah Safiyattuddin Taj al-Alam, Naqiyat al-Din Nur al-Alam, Zakiyat al-Din Inayat Syah, dan Kamalat Zainatuddin Shah; serta Cik Siti Wan Kembang dari Kerajaan Kelantan, Tanah Melayu melakukan dua strategi untuk mengatasi cabaran. Pertama, menggunakan tindakan agresif dengan menggunakan kekerasan sehingga musuh-musuhnya dapat dikalahkan. Kedua, memperalatkan strategi diplomasi dengan menggunakan pengaruh ulama dan hubungan luar melalui jalinan persahabatan yang erat. Ini menunjukkan bahawa wanita juga mempunyai karisma dalam mentadbir negara, di samping mampu menghadapi berbagai cabaran, biarpun mereka dipandang sebagai makhluk yang lemah.
KATA KUNCI: Wanita dan Sultanah; Cabaran dan Politik; Wibawa dan Takhta. 

ABSTRACT: “Women Rulers of the Malay World Sultanate (16th to 17th Century AD): The Issue of Defending the Throne”. Women in the traditional Malay World Sultanate in the 16th to 17th century AD were indeed involved in the political activities of the country. This can be seen when they were classified as rulers. By using historical methods, approaches, and qualitative analysis, this study shows that when in power, they could not avoid experiencing political challenges. Women rulers, such as Raja Ijau of the Kingdom of Patani, Southern Thailand; Ratu Kalinyamat of the Kingdom of Kalinyamat, Jepara, Central Java; four Sultanahs of Aceh from 1641 to 1699, namely Sultanah Safiyattuddin Taj al-Alam, Naqiyat al-Din Nur al-Alam, Zakiyat al-Din Inayat Syah, and Kamalat Zainatuddin Shah; and Cik Siti Wan Kembang of the Kingdom of Kelantan, Malaya, used two strategies to overcome challenges. First, they used aggressive actions by using force so that their enemies could be defeated. Second, using diplomatic strategies by using the influence of scholars and external relations through close friendships. This shows that women also have charisma in governing the country, in addition to being able to face various challenges, even though they are seen as weak creatures.
KEY WORD: Women and Sultans; Challenges and Politics; Authority and Throne.

===

About the Authors: Dr. Nur Syazwani Md Suif ialah Alumna Pelajar Ph.D. Sejarah pada FASS UBD (Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam); Prof. Dr. Asbol Mail dan Prof. Dr. Brahim Tengah ialah Pensyarah pada FASS dan APB (Akademi Pengajian Brunei) UBD. Alamat emel Penulis: asbolm@gmail.com

Suggested Citation: Suif, Nur Syazwani Md, Asbol Mail & Brahim Tengah. (2026). “Pemerintah Wanita Kesultanan Alam Melayu (Abad ke-16 hingga ke-17 Masihi): Isu Mempertahankan Takhta” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 14(2), September, pp.19-44. Bandung, Indonesia and Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam: MINDAMAS Foundation, ASPENSI, and PERSEBAR with ISSN 2302-5808 (print) and ISSN 2684-7388 (online).

Article Timeline: Accepted (27 July 2026); Revised (17 August 2026); and Published (15 September 2026).

Keywords:

Wanita dan Sultanah, Cabaran dan Politik, Wibawa dan Takhta

Author Biographies

  • Nur Syazwani Md Suif, UBD (Universiti Brunei Darussalam)


    Alumna Pelajar Ph.D. Sejarah pada FASS UBD (Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam)

  • Asbol Mail, UBD (Universiti Brunei Darussalam)


    Pensyarah pada FASS (Faculty of Arts and Social Sciences) dan APB (Akademi Pengajian Brunei) UBD

  • Brahim Tengah, UBD (Universiti Brunei Darussalam)


    Pensyarah pada FASS (Faculty of Arts and Social Sciences) dan APB (Akademi Pengajian Brunei) UBD

Additional Files

Published

2026-09-15

Issue

Section

Articles