Vol. 14 No. 2 (2026): September

					View Vol. 14 No. 2 (2026): September

KATA ALUAN

Assalaamu’alaikum Wr. Wbr. Syukur ke hadirat Allah SWT (Subhanahu Wa-Ta’ala) bahawa kitani masih lagi dibagi kesihatan, kekuatan Iman & Islam, serta insya Allah maju jaya hingga bila-bila masa. Amin YRA.

Saya merakamkan sekalung tahniah dan syabas, serta gembira sangat, bahawa PERSEBAR (Persatuan Sejarah Brunei) boleh berkongsi secara akademik dengan ASPENSI (Asosiasi Sejarawan dan Pendidik Sejarah Internasional) di Bandung, Jawa Barat, Indonesia, sehingga – melalui MINDAMAS (Minda Masagi Suci) Foundation – berjaya mentadbir-urus dan menerbitkan dalam talian jurnal SUSURGALUR, Issue September 2026.

Kongsi dan kerjasama dalam bidang akademik ini – dengan menganjur bersama penerbitan jurnal – sangat diperlukan. Kitani boleh lah meminjam cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu”, memandangkan bila sebuah jurnal akademik dianjur bersama, tentu sahaja, artikel-artikel yang wujud didalamnya tak setakat daripada Brunei Darussalam dan Indonesia sahaja, tetapi juga boleh datang dari luar negara lain.

Sepertimana ditunjukkan oleh artikel-artikel dalam jurnal SUSURGALUR, Issue September 2026 ini, ianya datang daripada para Penulis Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Nigeria. Ini satu pencapaian yang baik untuk menunjukkan bahwa jurnal SUSURGALUR tak setakat berperingkat kebangsaan (Brunei Darussalam dan Indonesia), tetapi juga boleh di iktiraf sebagai jurnal akademik berperingkat rantau Asia Tenggara, hatta Antarabangsa.

Artikel pertama, ditulis oleh Kamal-deen Olawale Sulaiman daripada Nigeria, bertajuk “Historical Origins of Celebration of Valentine’s Day (Yawm al-Hubb/‘Eid ul-Hubb) and the Verdict of Islam” [Asal-Usul Sejarah Perayaan Hari Valentine (Yawm al-Hubb/‘Eid ul-Hubb) dan Pandangan Hukum Islam]. Ianya mendedahkan bahawa ramai pihak menuduh Islam menentang cinta, karena umat Muslim tidak merayakan Hari Valentine. Walhal, dalam Islam, perayaan-perayaan telah ditetapkan secara jelas dan baku, sehingga tidak diperbolehkan adanya penambahan maupun pengurangan.

Artikel kedua, ditulis oleh Nur Syazwani Md Suif, Asbol Mail & Brahim Tengah daripada Brunei Darussalam, bertajuk “Pemerintah Wanita Kesultanan Alam Melayu (Abad ke-16 hingga ke-17 Masihi): Isu Mempertahankan Takhta”. Ianya menjelaskan bahawa wanita-wanita dalam Kesultanan Alam Melayu tradisional pada abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi memang terlibat dalam kegiatan politik negara. Hal ini boleh dilihat apabila mereka tergolong sebagai pemerintah.

Artikel ketiga, ditulis oleh Huril-Ain Marinda Hussaini, Andi Suwirta & Abdul Razaq Ahmad daripada Malaysia dan Indonesia, bertajuk “Perkembangan Nasionalisme dan Perjuangan Kemerdekaan: Perbandingan Naratif dalam Buku Teks Sejarah SMA Kelas 11 di Indonesia dan Sejarah Tingkatan 4 di Malaysia”. Ianya menaratifkan bahawa idea nasionalisme yang radikal diguna-pakai untuk memperolehi kemerdekaan di Indonesia secara revolusi. Manakala di Tanah Melayu, kemerdekaan diperolehi melalui rundingan dan bertolak-asur secara hemah dan damai.

Artikel keempat, ditulis oleh Ismail Ali daripada Malaysia, bertajuk “Memandang Semula Laut dan Lautan ke Arah Menjadikan Malaysia sebuah Negara Maritim: Satu Penilaian Semula Sejarah Kelautan dan Doktrin BRI (Belt and Road Initiative)”. Ianya mengupas bahawa doktrin BRI patut diberi perhatian serius oleh kerajaan Malaysia untuk menuju kepada sebuah negara maritim.

Dan akhir sekali, artikel kelima, ditulis oleh Yisa Olorunda Balogun daripada Nigeria, bertajuk “An Historical Analysis of Imamship Tussles in Ekiti State Nigeria and Possible Solutions” [Analisis Historis mengenai Konflik Perebutan Jabatan Imam di Negara Bagian Ekiti, Nigeria, dan Kemungkinan Solusinya]. Ianya menjelaskan bahawa saat ini, umat Muslim di Negara Bagian Ekiti, Nigeria, mengalami perpecahan dan kekacauan akibat berbagai kasus konflik terkait jabatan Imam; serta beberapa resolusi yang dicadangkan.

Hanya kepada Allah SWT, kita berdoa; dan hanya kepada Allah SWT pula kita pohonkan pertolongan. Selamat membaca artikel-artikel dalam jurnal SUSURGALUR; dan harap wujud manafaatnya secara akademik. 

Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam: 15hb September 2026

Dr. Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunus
Penaung Kehormat Jurnal SUSURGALUR di Bandung; dan Presiden PERSEBAR (Persatuan Sejarah Brunei) di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. E-mail: yunosmo@yahoo.com dan susurgalur.jurnal2013@gmail.com

Published: 2026-09-15

Articles

  • Historical Origins of Celebration of Valentine’s Day (Yawm al-Hubb/‘Eid ul-Hubb) and the Verdict of Islam

    Kamal-deen Olawale Sulaiman EKSU (Ekiti State University) Nigeria
    Pages: 1-18
    Views: 19 Downloads: 0
  • Pemerintah Wanita Kesultanan Alam Melayu (Abad ke-16 hingga ke-17 Masihi): Isu Mempertahankan Takhta

    Nur Syazwani Md Suif UBD (Universiti Brunei Darussalam) Brunei Darussalam , Asbol Mail UBD (Universiti Brunei Darussalam) Brunei Darussalam , Brahim Tengah UBD (Universiti Brunei Darussalam) Brunei Darussalam
    Pages: 19-44
    Views: 16 Downloads: 0
  • Perkembangan Nasionalisme dan Perjuangan Kemerdekaan: Perbandingan Naratif dalam Buku Teks Sejarah SMA Kelas 11 di Indonesia dan Sejarah Tingkatan 4 di Malaysia

    Huril-Ain Marinda Hussaini UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) Malaysia , Andi Suwirta UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) Indonesia , Abdul Razaq Ahmad UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) Malaysia
    Pages: 45-72
    Views: 28 Downloads: 0
  • Memandang Semula Laut dan Lautan ke Arah Menjadikan Malaysia sebuah Negara Maritim: Satu Penilaian Semula Sejarah Kelautan dan Doktrin BRI (Belt and Road Initiative)

    Ismail Ali UMS (Universiti Malaysia Sabah) Malaysia
    Pages: 73-120
    Views: 13 Downloads: 0
  • An Historical Analysis of Imamship Tussles in Ekiti State Nigeria and Possible Solutions

    Yisa Olorunda Balogun Bamidele Olumilua University of Education, Science and Technology Nigeria
    Pages: 121-136
    Views: 11 Downloads: 0
  • Info-SUSURGALUR-edutainment for Issue of September 2026

    Eti Setiawati MINDAMAS (Minda Masagi Suci) Foundation Indonesia
    Pages: 137-148
    Views: 13 Downloads: 0
  • Contents and Kata Aluan for SUSURGALUR Journal, Issue of September 2026

    Mohd Rozan Mohd Yunus PERSEBAR (Persatuan Sejarah Brunei) Brunei Darussalam
    Pages: i-ii
    Views: 14 Downloads: 0
  • Editors and Guidelines for SUSURGALUR Journal, Issue of September 2026

    Andi Suwirta ASPENSI (International Association for Historians and History Educators) Indonesia
    Pages: iii-iv
    Views: 17 Downloads: 0