Perkembangan Nasionalisme dan Perjuangan Kemerdekaan: Perbandingan Naratif dalam Buku Teks Sejarah SMA Kelas 11 di Indonesia dan Sejarah Tingkatan 4 di Malaysia
Abstract
IKHTISAR: Kertas ini membincangkan tentang kebangkitan semangat nasionalisme di Indonesia dan Tanah Melayu sehingga detik-detik ke arah kemerdekaan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua (1939-1945). Dengan mengguna-pakai kaedah sejarah dan pendekatan kualitatif, kertas ini turut menyentuh pula analisis buku teks sejarah untuk sekolah menengah bersabit detik mencapai kemerdekaan dan peranan tokoh-tokoh kemerdekaan bagi kedua-dua negara, iaitu Indonesia dan Malaysia. Dapatan menunjukkan bahawa banyak pengajaran yang dapat dipelajari apabila melihat kesukaran yang perlu mereka tempuhi di sepanjang proses untuk mencapai kemerdekaan. Idea nasionalisme yang radikal diguna-pakai untuk memperolehi kemerdekaan di Indonesia secara revolusi. Manakala di Tanah Melayu, kemerdekaan diperolehi melalui rundingan dan bertolak-asur secara hemah dan damai. Walau bagaimanapun, kita harus menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan, diperolehi, dan dinikmati pada hari ini untuk generasi akan datang.
KATA KUNCI: Nasionalisme; Kemerdekaan; Revolusi dan Diplomasi; Indonesia dan Malaysia.
ABSTRACT: “The Development of Nationalism and the Struggle for Independence: A Narrative Comparison in the History Textbooks of Grade 11 Senior High School in Indonesia and History for Level 4 in Malaysia”. This paper discusses the rise of nationalism in Indonesia and Malaya until the moments towards independence after the end of the Second World War (1939-1945). By using the history method and qualitative approach, this paper also touches on the analysis of history textbooks for secondary schools regarding the moment of achieving independence and the role of independence figures for both countries, namely Indonesia and Malaysia. The findings show that many lessons can be learned when looking at the difficulties they had to overcome throughout the process to achieve independence. The idea of ??radical nationalism was used to gain independence in Indonesia through revolution. Meanwhile, in Malaya, independence was obtained through negotiations and compromises in a gentle and peaceful manner. However, we must appreciate the independence that has been fought for, gained, and enjoyed today for future generations.
KEY WORD: Nationalism; Independence; Revolution and Diplomacy; Indonesia and Malaysia.
===
About the Authors: Huril-Ain Marinda Hussaini ialah Alumna Pelajar Sarjana Pendidikan Sejarah, Fakulti Pendidikan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia); dan Guru SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan), Jalan Klang Banting, Pekan Telok, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia. Dr. Andi Suwirta ialah Pensyarah Kanan pada Jabatan Pendidikan Sejarah FPIPS UPI (Fakulti Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial, Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung. Prof. Dato Dr. Abdul Razaq Ahmad ialah Pensyarah pada Fakulti Pendidikan UKM Bangi, Selangor, Malaysia. Alamat emel: huriel_ain@yahoo.com
Suggested Citation: Hussaini, Huril-Ain Marinda, Andi Suwirta & Abdul Razaq Ahmad. (2026). “Perkembangan Nasionalisme dan Perjuangan Kemerdekaan: Perbandingan Naratif dalam Buku Teks Sejarah SMA Kelas 11 di Indonesia dan Sejarah Tingkatan 4 di Malaysia” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 14(2), September, hlm.45-72. Bandung, Indonesia dan Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam: MINDAMAS Foundation, ASPENSI, dan PERSEBAR with ISSN 2302-5808 (print) dan ISSN 2684-7388 (online).
Article Timeline: Accepted (July 27, 2026); Revised (Agustus 24, 2026); and Published (September 15, 2026).



