Memandang Semula Laut dan Lautan ke Arah Menjadikan Malaysia sebuah Negara Maritim: Satu Penilaian Semula Sejarah Kelautan dan Doktrin BRI (Belt and Road Initiative)
Abstract
IKHTISAR: Laut dan lautan merupakan satu tempat yang mempunyai kelebihannya tersendiri bagi menyatukan perhubungan di antara negara, membentuk semangat bersatu, saling memahami, serta menjana kekayaan. Dalam pensejarahan tradisional di Alam Melayu wujud hubungan erat di antara “manusia-pelaut” dengan laut-laut, seperti Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi, Laut Flores, Laut Jawa, Laut Banda, dan sebagainya. Kemunculan doktrin BRI (Belt and Road Initiative), yang diperkenalkan oleh China pada 2013, nampaknya, telah memberi satu harapan baharu kepada laut dan lautan untuk dimartabatkan semula dan dijadikan agenda pembangunan. Justru itu, makalah ini – dengan mengguna-pakai kaedah sejarah, pendekatan kualitatif, dan sorotan literatur – bertujuan untuk membincangkan beberapa istilah, konsep, dan ruang lingkup dalam disiplin kelautan; kepentingan pensejarahan kelautan di rantau Asia Tenggara; sejauhmana doktrin BRI telah diberi perhatian serius oleh Malaysia untuk menuju kepada sebuah negara maritim; serta peluang dan tantangan yang dihadapi untuk merealisasikan misi dan visi Malaysia sebagai negara maritim.
KATA KUNCI: Memandang Semula Laut dan Lautan; Kepentingan Pensejarahan Maritim; Doktrin “Belt and Road Initiative”; Negara Maritim Malaysia.
ABSTRACT: “Revisiting the Seas and Oceans towards Making Malaysia a Maritime Nation: A Reassessment of Maritime History and the BRI (Belt and Road Initiative) Doctrine”. The seas and oceans are a place that has its own advantages in uniting relations between countries, forming a spirit of unity, mutual understanding, and generating wealth. In traditional historiography in the Malay World has been a close relationship between "seafarers" and the seas, such as the South China Sea, the Sulu Sea, the Sulawesi Sea, the Flores Sea, the Java Sea, the Banda Sea, and so on. The emergence of the BRI (Belt and Road Initiative) doctrine, which was introduced by China in 2013, seems to have given new hope to the seas and oceans to be re-evaluated and made a development agenda. Therefore, this paper – by using historical methods, qualitative approaches, and literature reviews – aims to discuss several terms, concepts, and scopes in the maritime discipline; the importance of maritime historiography in the Southeast Asian region; the extent to which the BRI doctrine has been given serious attention by Malaysia to move towards becoming a maritime nation; and the opportunities and challenges faced to realize Malaysia’s mission and vision as a maritime nation.
KEY WORD: Revisiting the Seas and Oceans; Importance of Maritime Historiography; Belt and Road Initiative’s Doctrine; Malaysia’s Maritime Nation.
===
About the Author: Prof. Dr. Ismail Ali ialah Sejarawan Maritim Malaysia dan kini sebagai Dekan PPIB UMS (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah), Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel: ismailrc@ums.edu.my
Sugessted Citation: Ali, Ismail. (2026). “Memandang Semula Laut dan Lautan ke Arah Menjadikan Malaysia sebuah Negara Maritim: Satu Penilaian Semula Sejarah Kelautan dan Doktrin BRI (Belt and Road Initiative)” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Volume 14(2), September, pp.73-120. Bandung, Indonesia and Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam: MINDAMAS Foundation, ASPENSI, and PERSEBAR with ISSN 2302-5808 (print) dan ISSN 2684-7388 (online).
Article Timeline: Accepted (July 3, 2026); Revised (August 17, 2026); and Published (September 15, 2026).

